Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini berada di dalam keadaan gering di bahagian kaki.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun katanya dalam satu kenyataan pada Isnin, kesihatan Seri Paduka Baginda secara amnya adalah baik dan tidak membimbangkan.

Sehubungan itu, semua program yang telah dijadualkan berlangsung hari ini dan semua program terdekat melibatkan keberangkatan Al-Sultan Abdullah ditangguhkan ke tarikh tertentu yang akan diumumkan kelak.

Baginda dijadual berangkat pulang bersemayam di istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan. Seluruh rakyat di seru bersama mendoakan semoga Seri paduka baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan berpanjangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini