Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Musatafa Billah Shah berkenan menyempurnakan sidang pertama, Istiadat Konvokesyen ke-11 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di World Trade Centre (WTC), disini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda pada pukul 9.30 pagi turut diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada istiadat kali ini, seramai 32 orang graduan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), 118 orang graduan dianugerahkan Ijazah Sarjana, 1,518 orang graduan menerima Ijazah Sarjana Muda dan 561 orang graduan menerima Diploma.

Secara keseluruhan, seramai 2,229 orang graduan UPNM berjaya menamatkan pengajian masing bagi tahun 2020 dan 2021 diraikan pada istiadat Konvokesyen tersebut.

Pada istiadat sama, Al-Sultan turut berkenan menganugerahkan 3 ijazah kehormat Doktor Falsafah kepada Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim dan Tan Sri Abdul Aziz Zainal atas sumbangan dan ketokohan mereka dalam pelbagai bidang.

Sidang kedua, ketiga dan keempat istiadat konvokesyen ke-11 UPNM pula akan disempurnakan Pro-Canselor UPNM, Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini