Prihatin dengan keperluan semasa pelajar yang akan menghadapi
peperiksaan SPM 2021 Mac depan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
(YaPEIM) mengambil inisiatif menyediakan modul pembelajaran bagi dua subjek
wajib lulus iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah secara percuma.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, modul tersebut bakal memberi manfaat kepada lebih 200,000 pelajar dari keluarga B40 di seluruh negara. 

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Inspirasi Pendidikan YaPEIM di ibu negara.
 
Modul ini akan diserahkan kepada 144 Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini