Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan lebih RM10,000 untuk membantu 53 keluarga terjejas banjir di Selangor.

Setiap keluarga menerima RM200.

Pengerusinya, Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin berkata pihaknya akan berusaha mendapatkan lebih banyak bantuan untuk disalur kepada penduduk.

Beliau memaklumkannya pada Majlis Penyerahan Bantuan Banjir kepada mangsa terjejas di Balai Rukun Tetangga di Taman Seri Serdang, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini