Sejumlah RM380,000 diperuntukkan Yayasan CIMB kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menjalankan kajian pembangunan di kawasan Hutan Paya Bakau Kuala Selangor.

Projek pemuliharaan hutan bakau ini bertujuan menjaga alam persekitaran dan memastikan ia boleh digunakan untuk pembangunan ekonomi persekitaran kawasan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan CIMB, Mohamed Rafe Mohamed Haneef berkata, program dengan kerjasama yayasan dan UKM itu adalah yang pertama di bawah pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar.

Inisiatif yang dilaksanakan ini sebagai usaha menjaga hutan bakau ini membolehkan penyerapan karbon dioksida oleh hutan bakau serta mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menghadapi perubahan iklim di Malaysia.

Selain itu, ia boleh meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat terutama dalam sektor pelancongan. Untuk itu, ujarnya, ekosistem hutan paya bakau ini perlu kekal terpelihara demi kelestarian alam sekitar pada masa depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini