RM3.5 juta disasar dikutip Yayasan Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerusi penjualan nombor pendaftaran kenderaan khas, ‘UC 1’ hingga ‘UC 9999’.

Jualan dibuka kepada awam secara dalam talian bermula Januari ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Seri Dr. Abdul Aziz Rahman berkata nombor pendaftaran itu diperkenal sempena ulangtahun UMP ke-20 tahun hadapan.

Menurutnya, bidaan nombor pendaftaran berdigit tunggal akan dibuka pada harga permulaan RM200,000.

Nombor empat digit pula dibuka dengan harga bermula RM1,000.

Hasil jualan akan diguna sebagai dana untuk kegunaan kerja-kerja kebajikan kepada pelajar UMP dan masyarakat.
 
Beliau ditemui selepas Majlis tandatangan Memorandum Perjanjian antara Yayasan UMP dan Syarikat Aquatwo Sendirian Berhad yang dilantik bagi proses bidaaan, pemasaran dan operasi jualan nombor pendaftaran kenderaan terbabit. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini