Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari Lans Koperal Mohamad Azrin Mat Isa yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang.

Al-Sultan Abdullah diiringi Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain menyertai operasi SAR menaiki bot bersama pasukan mencari dan menyelamat.

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong tiba di pusat operasi mencari di Kampung Bohor Baru pada pukul 4 petang sebelum Seri Paduka mendengar taklimat mengenai operasi SAR.

Sebelum pencarian, Kadi daerah Bera, Mohd Azizi Abdul Aziz telah melaungkan azan.

Pencarian diperluas kepada radius 7 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini