Kejayaan skuad Harimau Malaya itu turut mendapat pujian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada skuad bola sepak kebangsaan dan barisan kejurulatihan atas kejayaan mara secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka baginda menzahirkan rasa syukur dan sukacita atas kejayaan serta semangat juang yang telah dipamerkan pemain di pusingan kelayakan semalam.

Al Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokong atas sokongan padu yang telah diberikan kepada skuad Harimau Malaya dalam perjuangan mengakhiri penantian selama 43 tahun.

Baginda berharap pencapaian tersebut menjadi suntikan semangat buat pemain untuk lebih bekerja keras mencapai hasil yang terbaik di kejohanan Piala Asia 2023 selain melakar sejarah baharu dalam kempen tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini