Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan tahniah kepada Pegawai Kadet Kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), B. Janusha.

Janusha menjadi pegawai wanita pertama negara yang berjaya menamatkan pengajian dan latihan ketenteraan di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA).

Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah menzahirkan rasa sukacita serta bangga di atas kejayaan Janusha, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang itu menjadi suntikan semangat kepadanya dan warga TLDM untuk terus bekerja keras dan mencapai kejayaan.

Janusha, 23 tahun, anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang mencipta sejarah apabila menjadi wanita Malaysia pertama diterima masuk ke USNA dalam sejarah kemasukan pelajar negara ini ke akademi tentera berprestij Amerika Syarikat itu sejak 1971. Lebih bermakna, Majlis Tamat Pengajian disempurnakan sendiri oleh Presiden, Joe Biden.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini