Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima watikah pelantikan 13 ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap itu.

Istiadat turut dihadiri Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Ketua-ketua perwakilan asing berkenaan termasuk Bulat Sugurbayev dari Republik Kazakhstan, Nineta Barbulescu dari Romania, Dr.Hajara Salim Ibrahim dari Nigeria, Edmundo Font Lopez dari Mexico, Dr.Justin Lance Lee dari Australia dan Andreas Launer dari Austria.

Selain itu, perwakilan asing yang turut menyembahkan watikah pelantikan, Dr.Joachim  Bergstrom dari Sweden, Irfan Davudov dari Arzebajian, Morten Paulsen dari Norway, B.N Reddy dari India, Massimo Rustico dari Italy, Datuk Paduka Mahmud Saidin dari Brunei dan Ragai Tawfik Said Nasr dari Mesir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini