Kejohanan Badminton Kejuaraan Dunia 2021 di Huelva, Sepanyol. Cabaran Malaysia berakhir selepas wakil terakhir Malaysia, pasangan beregu Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tersingkir pada perlawanan separuh akhir. Pasangan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi menewaskan Yew Sin-Ee Yi dengan mata 21-12, 21-9, dalam masa 32 minit. Yew Sin-Ee Yi membawa pulang pingat gangsa.

Pada perlawanan akhir hari ini, pasangan Jepun itu akan berdepan pasangan dari China He Ji Ting-Tan Giang yang menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark di satu lagi separuh akhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini