Pemain beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin kini sah menjadi gandingan Goh Liu Ying dalam aksi beregu campuran.

Ia sekali gus menjawab segala teka-teki mengenai pasangan baharu Liu Ying selepas berpisah dengan Chan Peng Soon, pada 6 Disember lalu.

Liu Ying membuat pengumuman berkenaan menerusi hantaran di Facebook bekas pemain beregu lelaki kebangsaan, Tan Boon Heong.

Liu Ying sebelum ini berpisah dengan Peng Soon, selepas 13 tahun bergandingan dengan pencapaian tertinggi merangkul pingat perak di temasya Olimpik Rio 2016.

Peng Soon pula terlebih dahulu membentuk gandingan bersama Valeree Siow bulan lalu dan telah pun membuat kemunculan pertama di Terbuka India 2022, baru-baru ini.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Peng Soon-Valeree, apabila cabaran mereka terkandas di peringkat suku akhir di tangan pilihan kedua kejohanan Rodion Alimov-Alina Davletova dari Rusia, 14-21, 13-21.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini