Lelaki yang melanggar Syed Muhammad Danial Syed Syakir didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, hari ini.Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Yew Wei Liang, 41, ketika pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 302 di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.Ini berikutan kes bunuh adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Tertuduh yang memakai baju-T berwarna hitam dilihat tenang dan mengangguk faham di dalam kandang tertuduh.Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Syed Muhammad Danial, 29, antara jam 1 tengah hari dan 2 petang di Kilometer 293.6 Lebuhraya Utara Selatan pada 10 Ogos lalu.Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 27 September depan sebagai sebutan semula kes.##

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini