Yayasan Perpaduan Sarawak, YPS sedang mengkaji kaedah komunikasi digital yang boleh digunakan dalam platform yayasan tersebut. Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata komunikasi digital merupakan antara elemen penting dalam pembangunan masa kini.

Jelas Tan Sri Abang Johari, pembangunan itu termasuk dalam bidang pertanian, pelancongan, pendidikan dan penjagaan kesihatan. Kaedah komunikasi baharu ini lebih efektif terutama kepada kumpulan sasar.

Jelas beliau lagi, komunikasi digital pada era pandemik juga merupakan kaedah yang berkesan dalam norma baharu, sekali gus berpotensi merapatkan jurang digital komuniti.

Aplikasi komunikasi digital juga, membuka ruang baharu bagi penerokaan pembangunan di sesuatu kawasan. Tan Sri Abang Johari melancarkan buletin sulung bertajuk “Community, Communicating Unity” yang disiar secara langsung menerusi aplikasi Facebook oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini