Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada hari ini mengumumkan peletakan jawatan ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah.

Ia bagi memberi ruang kepada pengendali berusia 45 tahun itu meneruskan karier kejurulatihan menerusi tawaran diterimanya pada musim depan.

Menurut Setiausaha Agung, FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar, biarpun Yusri masih mempunyai baki kontrak setahun lagi bersama pasukan namun kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak tersebut.

Dalam masa sama, FAM mengucapkan terima kasih kepada Yusri atas khidmatnya sepanjang semusim mengendalikan Skuad Projek FAM-MSN bagi saingan Liga Premier 2021 dan mendoakan agar beliau terus berjaya.

Sementara itu, FAM bakal mengadakan sesi temuduga calon-calon dalam masa terdekat bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Yusri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini