Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bertanggungjawab menguruskan dana bagi Tabung Cakna Armalah yang diwujudkan untuk membantu golongan ibu tunggal.

Ia merupakan sebahagian usaha dan bantuan kewangan serta keperluan untuk golongan ibu tunggal meneruskan kehidupan dalam menghadapi situasi serba mencabar kini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Idris Ahmad, tabung Cakna Armalah bermatlamat memberi perluasan segmen dan skop kepada produk sedia ada.

Kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Muslim dilihat akan memberi hasil dan impak yang positif kepada golongan armalah yang terjejas dan memerlukan.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani kerjasama Penubuhan Tabung Cakna Armalah antara Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Muslimin Malaysia Berhad di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini