Zakat Melaka mencecah RM85.6 juta setakat 6 Disember lalu sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak RM5.87 juta berbanding tempoh sama tahun lalu. Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, jumlah pembayar zakat juga menyaksikan peningkatan iaitu daripada 45,515 kepada 47,945 pembayar.

Selain itu, kutipan zakat harta naik kepada RM80.52 juta berbanding RM74.9 juta bagi tempoh sama tahun lalu. Beliau menyatakannya selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Agensi Koporat yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Ayer Keroh.           

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini