Plaform e-dagang Asia Tenggara, Zalora menyasarkan untuk terus mengekalkan kedudukannya sebagai penggiat utama fesyen di ASEAN sejajar kemajuan semua pasarannya yang mencatat prestasi memberangsangkan. Ketua Pegawai Komersial Zalora berkata daripada enam pasaran disertai Zalora, sumbangan tiga negara terbukti ketara. Ini termasuk Indonesia yang memaparkan potensi serta saiz pengguna yang ramai manakala Filipina dari segi pertumbuhan kukuh serta pelanggan yang setia. Bagi Malaysia, beliau berkata negara ini menyediakan kelompok perusahaan kecil dan sederhana yang cemerlang dan menjadi pembekal fesyen kepada Zalora terutama gaya fesyen sederhana. Syarikat itu juga telah bekerjasama dengan barisan pekerja berbakat di Malaysia dalam usaha mengekalkan Kuala Lumpur sebagai hab global dan serantau Zalora.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini