Seorang juruterbang remaja yang melakukan misi penerbangan mengelilingi dunia secara solo menggunakan pesawat ringan berjaya memecahkan dua rekod Guinness World Records selepas mendarat dengan selamat di Belgium.
Zara Rutherford, 19, diiktiraf sebagai wanita termuda mengelilingi dunia secara solo dan wanita pertama mengelilingi dunia dengan menggunakan pesawat ringan.
Dia ‘merampas’ rekod tersebut daripada juruterbang Amerika Syarikat, Shaesta Waiz yang berusia 30 tahun ketika dia mengelilingi dunia secara solo pada 2017.