Jika kanak-kanak lain lebih gemar memiliki koleksi pelbagai kereta dan lori mainan, lain pula bagi Zayn Asyraff Mohamad Aliff Hakim.

Zayn yang berusia tiga tahun ini dilihat lebih cenderung ke arah memelihara alam sekitar bersama tong sampah mininya.

Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya, pepatah itu cukup tepat buat Zayn Asyraff yang suka mengutip sampah dan memastikan rumah yang didiaminya bebas sampah, biarpun secebis kertas.
 
Bapanya, Mohamad Aliff Hakim Jais berkata, anaknya mula menunjukkan minat terhadap tong sampah dan lori sampah seawal usia, setahun lapan bulan.
 
Anaknya cukup teruja apabila melihat lori sampah lalu dihadapan rumahnya, sehinggakan ramai pekerja pembersihan sudah mengenalinya.
 
Kagum dengan minat si kecil ini, SWM Environment Johor mengiktiraf Zayn Asyraf sebagai Adiwira Cilik Kebersihan dan Kitar Semula, selari dengan tema Sambutan Hari kitar Semula Kebangsaan, Adiwira Bumi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini