Penyanyi dan bekas anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik, dilaporkan sekali lagi berpisah dengan pasangannya, Gigi Hadid setelah empat tahun menjalin semula hubungan.

Menurut laporan media antarabangsa, perkara itu berlaku disebabkan Zayn didakwa menyerang ibu Gidi, Yolanda Hadid, selepas terlibat dalam satu pertengkaran sekitar awal Oktober lalu.

Bagaimanapun, hal itu dinafikan oleh Zayn dengan tidak menolak bahawa mungkin ada pihak yang cuba mengeruhkan lagi hubungannya dengan Gigi dengan melemparkan dakwaan seperti itu.

Tidak melatah dengan keadaan itu, Zayn bagaimanapun menetapkan keutamaan untuk memberikan ruang privasi sementara waktu buat Gigi selain menumpukan perhatian kepada anak mereka, Khai yang kini berusia 13 bulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini