Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila masing-masing melepasi halangan pusingan pertama
Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2022.

Zii Jia memulakan kempen Terbuka Malaysia dengan langkah kanan apabila menundukkan wakil Ireland, Nhat Nguyen dengan straight sets, 21-15, 21-11.

Bagi aksi pusingan kedua, Zii Jia akan bertemu pemain dari Indonesia, Shehar Hiren Rhustavito.

Turut mara ke pusingan seterusnya adalah beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menang ke atas beregu Jepun, Akira Koga-Taichi Saito 21-18, 21-19.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 itu tekad menamatkan badi gelaran juara sejak mereka digandingkan bersama pada 2017 di laman sendiri.

Mereka dijadualkan bertemu pasangan Singapura, Terry Hee-Loh Kean Hean bagi merebut tiket ke suku akhir.