Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria akhirnya ‘merestui’ keputusan  Lee Zii Jia untuk meninggalkan badan induk kebangsaan itu.

Mereka berjaya mengakhiri kemelut itu selepas mengadakan perjumpaan ‘hati ke hati’ bersama kedua ibu bapa Zii Jia.

Menerusi hantaran dalam laman sosialnya, Zii Jia berkata beliau gembira kerana telah mencapai persefahaman bersama BAM untuk mengubah haluan sebagai pemain profesional.

Beliau turut memberi penghargaan buat Tan Sri Norza dan BAM di atas peluang yang diberikan kepadanya untuk mewakili negara selama ini dan akan sentiasa menggangap dirinya sebagai produk BAM.

Tambah pemain berusia 24 tahun itu, tumpuannya kini adalah beraksi di Kejohanan Berpasukan Asia dan berharap agar kesemua peminat sukan tanah air terus kekal memberikan sokongan kepada dirinya dan juga BAM.

Jumaat lepas, BAM mengumumkan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia dalam sebarang kejohanan selama DUA tahun.

Namun begitu, juara All England 2021 itu telah menghantar rayuan kepada BAM untuk mempertimbangkan keputusan tersebut.

Selain Zii Jia, turut menerima nasib sama ialah Goh Jin Wei yang merupakan bekas juara remaja dunia dua kali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini