Penyertaan jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia di kejohanan badminton Indonesia Masters Disember depan terus menjadi tanda tanya.

Ini selepas pemain nombor 8 dunia itu mengalami kecederaan belakang badan ketika aksi final Terbuka Hylo 2021 di Jerman, awal pagi semalam.

Jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan berkata, kem badminton negara masih memantau keadaan semasa Zii Jia dan akan membuat keputusan selepas menilai tahap kecergasan pemain itu hingga saat akhir.

Setakat ini tiada sebarang perbincangan tentang taktik dan strategi kerana Juara All England 2021 itu mengalami kepenatan dalam segi mental.

Mengenai kecederaan belakang yang dialami Zii Jia, Hendrawan menjelaskan pemain berusia 23 tahun itu mempunyai masa beberapa hari untuk berehat dan akan menyertai Indonesia Masters jika sempat pulih sepenuhnya.

Kejohanan Indonesia Masters akan berlangsung pada 16 hingga 21 November, diikuti Terbuka Indonesia pada 23 hingga 28 November dan Jelajah Dunia Akhir dari 1 hingga 5 Disember.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini