Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia sedang mengharungi fasa yang penting dalam kariernya, iaitu meraih pengalaman mengatasi cabaran beraksi dalam kejohanan besar secara berturut-turut.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berkata, pemain berusia 23 tahun itu perlu belajar menguasai tahap kecergasannya supaya dapat beraksi dengan lebih optimum pada masa hadapan.

Prestasi Zii Jia dilihat mula merosot selepas mengalami kekalahan mengejut kepada pemain nombor 40 dunia, Loh Kean Yew dari Singapura pada pusingan pertama Terbuka Perancis minggu lalu.

Justeru, Choong Hann berkata pemain berasal dari Kedah itu harus belajar menangani cabaran fizikal dan mental untuk beraksi di beberapa kejohanan berintensiti tinggi secara berterusan.

Tambah Choong Hann, jurulatih perseorangan Hendrawan juga akan terus menjalankan latihan pemulihan dan meneliti semula perkembangan Zii Jia di Terbuka Hylo yang bermula hari ini.

Sebelum ini, keletihan beraksi dalam 4 kejohanan berturut-turut dilihat menjadi punca Juara All England itu tewas di pusingan awal Terbuka Perancis.

Di kejohanan Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman yang bermula hari ini, Zii Jia dijadual bertemu Pablo Abian dari Sepanyol pada pusingan pertama esok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini