Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia perlu berehat seminggu selepas mengalami kecederaan belakang pada aksi sulung di Indonesia Masters 2021.

Jurulatihnya, Hendrawan berkata pihaknya akan memantau keadaan Zii Jia, sebelum memutuskan untuk membenarkan  juara All England 2021 itu menyertai saingan Terbuka Indonesia pada 23 hingga 28 November ini.

Jelasnya, tempoh rehat dimanfaatkan untuk memulihkan kecederaan dialami Zii Jia dan berharap keadaan akan bertambah baik. Terdahulu, pemain berusia 23 tahun itu menarik diri ketika menentang pemain Denmark, Rasmus Gemke pada perlawanan pusingan pertama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali.

Pemain di ranking ketujuh dunia itu turut menarik diri pada perlawanan akhir Terbuka Hylo di Jerman pada 7 November lalu bertemu Loh Kean Yew.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini