Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengesahkan telah menerima surat ‘keluar BAM’ daripada pemain perseorangan Lee Zii Jia pada 11 Januari lalu.

Menurut beliau, keputusan sama ada Zii Jia akan terus bersama BAM atau sebaliknya akan diumumkan pada Jumaat ini.

Jelas Tan Sri Mohamad Norza, pihaknya telah cuba memujuk Zii Jia kerana tidak mahu kehilangan pemain tersebut.

Antara alasan Zii Jia untuk tidak mahu bersama skuad kebangsaan kerana gagal melihat dirinya sebagai pengganti kepada bekas pemain No. 1 dunia negara, Datuk Lee Chong Wei.

Pencapaian membanggakan yang pernah diraih Zii Jia sepanjang bersama BAM adalah menjuarai kejohanan All England pada 2021.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini