Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia mengesahkan slot ke suku akhir selepas menewaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen dengan keputusan 22-20, 21-16.

Pada aksi pusingan kedua itu menyaksikan Zii Jia tidak mengambil masa lama untuk menundukkan pemain Ireland tersebut.

Saingan paling sengit dapat dilihat pada aksi set pertama apabila Nguyen enggan memberikan laluan mudah kepada Zii Jia sebelum mengesahkan kemenangan dengan keputusan 22-20.

Di set kedua, Zii Jia bagaikan tidak berdepan masalah untuk memanfaatkan segala peluang mendapatkan mata bagi mengesahkan kemenangan 21-16.

Hari ini di saingan suku akhir, Zii Jia dijadual bertemu pemain pilihan kelapan dari Thailand, Kantaphon Wangcharoen, dalam perebutan tempat ke separuh akhir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini