Jaguh perseorangan lelaki badminton negara, Lee Zii Jia, menepati ramalan apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Masters Indonesia di Stadium Istora Senayan, Jakarta.

Zii Jia yang juga pemain ranking kelima dunia mengambil masa 37 minit untuk menewaskan Mark Caljouw dari Belanda 21-17, 21-14 di pusingan 16 terakhir.

Juara All-England 2021 itu akan berdepan perseorangan utama tuan rumah, Anthony Sinisuka Ginting yang menumpaskan pemain Thailand, Sitthikom Thammasin 21-13, 21-14. 

Sementara itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah bangkit dari ketinggalan pada set pertama untuk menundukkan Baek Ha Na-Lee Yu Lim dari Korea Selatan 21-23, 21-17, 21-15.

Mereka akan menentang gandingan Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai di suku akhir hari ini.

Bagi acara beregu lelaki pula, pilihan keempat, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan rentak kemenangan apabila menewaskan pasangan tuan rumah, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin straight set 27-25, 21-14.

Kemenangan tersebut membolehkan mereka mara ke suku akhir bertemu pasangan China Liang Wei Keng-Wang Chang hari ini. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini