Lelaki yang mengetuai zikir sambil berdiri dan menggerakkan anggota tubuh dalam rakaman ini sudah dipanggil jabatan agama untuk diambil keterangan.Namun dia, dikenali sebagai Tok Ki atau Tok Ayah menolak; sebaliknya meminta pihak berkenaan berjumpa sendiri dengannya di kampung berkenaan hari ini.Demikian menurut Kadi Pejabat Agama Islam Daerah Jerantut, Syarifuddin Mohamad Sa’ad.Katanya, penyelasan Tok Ki itu akan didengar dengan disaksikan panel aqidah dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).Difahamkan lelaki berkenaan berasal dari Terengganu dan diundang ke kampung terbabit bagi mengetui zikir tersebut.Kejadian dipercayai berlaku pada Jumaat lalu di Kampung Seberang Bantal, Ulu Tembeling, Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini