Seorang lelaki Palestin maut ditembak askar rejim Zionis dalam pertumpahan darah terbaharu susulan siri operasi tentera Israel di selatan Tebing Barat.

Sekurang-kurangnya tujuh lagi warga Palestin cedera dengan tiga daripadanya ditembak dengan peluru hidup dalam konfrantasi berkenaan.


Ini merupakan kematian ke-40 penduduk Palestin di Tebing Barat sejak operasi itu dilancarkan.

Insiden di bandar Halhul itu mengorbankan Mahmoud Fayez Abu Ayhour yang berusia 27 tahun.

Dia dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia setengah jam kemudian.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan mangsa ditembak di bahagian perut.

Tujuh lagi mangsa cedera sedang dirawat di hospital.

Dalam operasi di Halhul itu, tentera rejim bertindak menutup jalan sebelum melepaskan gas pemedih mata. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini