Majis Paralimpik Malaysia (MPM) akur dengan keputusan Jawatankuasa Siasatan Dalaman berhubung insiden melibatkan Muhammad Ziyad Zolkelfi semasa Paralimpik Tokyo 2020.

Melalui satu kenyataan media, MPM berharap hasil siasatan itu dapat menyedarkan semua pihak kepentingan mematuhi semua aspek dalam kejohanan terbesar seperti Paralimpik itu.

Presiden, Datuk Seri Megat D Shahriman berkata, ia termasuk mematuhi peraturan dan tatacara yang ditetapkan oleh pihak penganjur termasuk dari segi kelayakan, pendaftaran dan peraturan bertanding.

Jelasnya insiden malang ini tidak sepatutnya berlaku dan berharap ia menjadi iktibar dan titik perubahan kepada semua pentadbir sukan, jurulatih dan atlet agar sentiasa mematuhi protokol ketat mana-mana pertandingan.

Menurut Datuk Seri Megat, tindakan proaktif akan diambil bagi memastikan semua pihak terlibat dalam kejohanan besar peka dengan segala peraturan pertandingan.

Hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Dalaman yang dikeluarkan semalam mendapati Ziyad terbukti lewat tiba di bilik menunggu bagi acara akhir lontar peluru F20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Ia sekaligus menyebabkan pingat emas dimenangi beliau dalam acara tersebut di tarik balik Atlet Para Dunia (WPA).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini