Penyanyi, Zizi Kirana menepis dakwaan dirinya banyak kerenah sehingga tidak boleh meneruskan penggambaran drama Jamu Nesan arahan Datuk Rafiena Ezanee Ramli.

Zizi menjelaskan dirinya tegas dengan pendirian tidak akan membuka tudung atau memakai rambut palsu demi menjayakan sesebuah watak.

Perkara tersebut turut dirrujuk kepada Mufti Wilayah Persekutuan.

Zizi yang turut didakwa melanggar kontrak kemudiannya digugurkan daripada meneruskan watak ketua mafia, Madam Zoora dan digantikan dengan penyanyi, Didi Astillah.

Terdahulu, Rafiena mendedahkan terpaksa menanggung kerugian besar gara-gara terpaksa menggugurkan nama Zizi daripada produksi drama Jamu Nesan yang hanya berbaki 30 peratus sahaja.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini