Bintang bola sepak wanita Iran, Zohreh Koudaei menafikan dakwaan Persekutuan Bolasepak Jordan bahawa dia seorang lelaki.

Dakwaan Jordan yang beliau anggap sebagai ‘membuli’ itu akan diambil tindakan undang-undang.

Koudaei,32, menegaskan akan menyaman Persekutuan Bolasepak Jordan.

Isu ini timbul selepas pihak terbabit memohon ‘pemeriksaan pengesahan jantina’ dilakukan terhadap Koudaei menerusi Persekutuan Bolasepak Asia selepas pertembungan September lalu di Uzbekistan.

Koudaei, 32, menyelamatkan dua penalti ketika penentuan yang berkesudahan Iran menang 4-2 dan memastikan tempat ke Piala Wanita Asia buat pertama kali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini