Zoo Negara gagal menaik taraf segala perkhidmatan berikutan kekurangan dana dan tiada sokongan daripada kerajaan.
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, lebih menyedihkan apabila pihaknya juga tidak mampu menyelenggara segala kemudahan atas sebab yang sama.Kata beliau, Zoo Negara memerlukan kos yang banyak untuk melakukan kedua-dua perkara tersebut.Bagaimanapun, buat masa ini, pengendalian hal-hal berkaitan pembayaran gaji pekerja dan pengurusan haiwan masih tidak terjejas.Zoo Negara juga tidak menerima dana kerajaan susulan pelbagai dakwaan dilemparkan termasuk salah guna kuasa.Atas sebab itu Zoo Negara hanya menerima bantuan kerajaan daripada aspek pembangunan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini