Senator Datuk Seri Zurainah Musa dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang baharu.

Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din pula dilantik sebagai Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia – Tan Sri Annuar Musa.

Datuk Seri Zurainah menggantikan Zakaria Abdul Hamid yang tamat perkhidmatan 22 Mei lepas.

Pelantikan selama dua tahun, berkuat kuasa hari ini hingga 9 Jun 2024.

Sementara itu, pelantikan Tan Sri Mohamad Salim bagi menggantikan Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek yang tamat perkhidmatan, semalam.

Pelantikan berkuat kuasa hari ini hingga lantikan pengerusi baharu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini