Anthony Albanese, 59 tahun mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Australia.

Majlis Angkat Sumpah berlangsung ringkas di Rumah Kerajaan, Canberra.

Ia diadakan beberapa jam sebelum pemimpin pembangkan dari Parti Buruh itu berlepas ke Tokyo untuk menghadiri  Sidang Kemuncak Antarabangsa.

Albanese berkata, beliau dan Australia bersedia untuk membabitkan diri dengan dunia mengenai perubahan iklim dan akan menyertai sidang kemuncak yang disertai pemimpin Amerika Syarikat, Jepun dan India, dikenali sebagai Quad.

Ia merupakan tugas rasmi pertama beliau selepas memenangi Pilihan Raya Umum. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini