Utama Edisi Semasa

Festival Filem Perancis 2022 kini kembali ke Malaysia

0
213

Alliance Francaise di Malaysia kembali ke persada budaya dengan program yang dinanti-nantikan, Festival Filem Perancis 2022 .

Festival Filem Perancis berkolabrasi bersama George Town Festival dalam memainkan peranan menyumbang kepada dialog bersama rakyat Malaysia melalui kandungan budaya Perancis.

Menerusi Festival Filem Perancis ini, pelbagai program inklusif dan praktikal melibatkan seni persembahan visual, muzik, gastronomi  untuk semua peringkat umur.

Pengurus George Town Festival, Nisa Mukhtar, berkata selepas dua tahun menyepi, George Town Festival kembali meraikan kebangkitan semula seni hiburan dan budaya bersama institusi budaya tempatan yang lain. 

Antara keistimewaan festival tahun ini termasuklah tayangan filem dalam talian hasil kerjasama dengan platform penstriman MUBI.

Selain itu, buat pertama kalinya, festival kali ini menyediakan program interaktif khas buat si cilik, iaitu “ Le Petit Festival” untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Festival Filem Perancis 2022 akan diteruskan di Johor Bharu dan Kota Kinabalu.

SEBARANG KOMEN