Keunikan Malaysia dan rakyatnya yang boleh menyerap pelbagai budaya masyarakat antarabangsa menjadi salah satu tarikan kepada pelabur khususnya bidang peruncitan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

KPDNHEP sentiasa memastikan sektor peruncitan terus berkembang di samping memberi pilihan lebih baik kepada pengguna. Beliau menyatakannya selepas melancarkan Kedai Serbaneka popular Korea Selatan, EMART24 di Petaling Jaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini