Tunggakan gaji pemain Perak FC dijangka dilunaskan dalam tempoh 10 hari.
Ia bakal diselesaikan oleh pengurusan baharu pasukan di bawah sebuah syarikat pengiklanan, Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pihaknya dan percaya isu itu dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
Tunggakan gaji para pemain pasukan Perak FC kini mencecah tiga bulan dan ia sampai ke pengetahuan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).
Utama Berita Sukan